PENGINTERGASIAN ICT


Apakah ICT?


Istilah teknologi maklumat dan komunikasi, atau Information and Communication Technology (ICT) merujuk kepada berbagai bentuk teknologi yang digunakan untuk membina, memancar, menyebar, menyimpan, dan berkongsi atau bertukar-tukar maklumat (Noraini Idris dan Shuki Osman, 2009: 273). Pada masa dahulu, teknologi merangkumi alatan seperti radio, televisyen, video, telefon, dan komputer. Kini, peralatan ICT bertambah maju dengan adanya kabel optik, satelit, telefon mudah alih, jaringan internet serta peralatan tele-konferens dan video-konferens (UNESCO, 2008). Peralatan ICT berjaya meningkatkan keupayaan dan m,emudahkan maklumat dalam hampir semua sektor terutamanya dalam bidang pendidikan.

                   Penggunaan ICT sangat bermanfaat dan bermakna dalam bidang pendidikan atau dengan kata lain dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sejak dahulu lagi radio dan televisyen te;ah menjadi alat penyampai pendidikan secara terus kepada murid dan juga masayarakat. Kini, selain daripada membaca, guru dan murid juga dapat menerima maklumat dengan menonton televisyen serta video menerusi Internet. Kemajuan ICT secara amnyatelah membolehkan suara, teks, dan imej bertukat menerusi Internet.


Integrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Secara umumnya, “integrasi” bermaksud penyatuan beberapa bahagian yang berlainan untuk membentuk penyatuan beberapa bahagian yang berlainan untuk membentuk perkara yang baharu. Oleh itu, Pengintegrasian ICT dalam PdP dapat dikatakan sebagai penggunaan alat-alat komputer bagi tujuan pengajaran. Menurut Sulaiman Md. Yassin, Mohd Salleh Lebar dan Azlina Abu Bakar, 2002: 29), teknologi dalam pendidikan merupakan penggunaan media dalam pengajaran yang membawa maksud peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenal pasti, dibina, dan dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran.

                   Pengintegrasian ICT melibatkan penggunaan alat komputer seperti komputer riba atau komputer meja, telefon pintar serta pelbagai perisian termasuklah Internet dengan strategi pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran murid. Pengintegrasian teknologi ke dalam kurikulum dan pengajaran dengan jayanya menuntut para guru untuk menggabungkan perisian dan perkakasan komputer dengan setiap subjek ang berkaitan untuk meningkatkan tahap pembelajaran. Pelaksanaan proses integrasi teknologi dan pendidikan dalam kalangan guru bukannya suatu perkara yang mudah . Teknologi sahaja tidak dapat meningkatkan tahap pembelajaran murid kerana fungsi teknologi hanyalah sebagai alat bantu mengajar. Peralatan komputer boleh disediakan, dan latihan menggunakan peralatan juga boleh diberikan, namun ciri paling penting ialah faktor dalaman manusia. Guru hanya akan mampu menggunakan dan mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran melaluipengalaman harian dalam kelas., yang mengajaranya menggunakan teknologi tertentu pada masa sesuai bagi meningkatkan pembelajaran. Oleh yang demikian, para guru masa kini hendaklah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan ICT supaya dapat mewujudkan suasana PdP yang seronok dan aktif.



No comments:

Post a Comment