Pendahuluan
Teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk
dibincangkan. Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator
saintifik, perisian dinamik bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini selaras dengan
kehendak objektif kurikulum matematik sekolah menengah, iaitu memperkasakan
kebolehan pelajar menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep,
menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).
Berteraskan kepada kurikulum sekolah menengah
yang disemak semula, juga mementingkan kebolehan para pelajar menggunakan
teknologi dengan cara yang berkesan dalam pembelajaran. Hal ini jelas
menunjukkan dalam era perkembangan teknologi ini, penggunaan teknologi seperti
komputer, kalkulator saintifik, perisian pembelajaran interaktif dan dinamik,
merupakan elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuannya
adalah untuk mempersiap dan memperkasakan pelajar dalam menghadapi cabaran di
masa hadapan. Selaras dengan kandungan dan harapan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, iaitu memperkembangankan potensi individu secara menyeluruh dari
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani yang bertujuan melahirkan masyarakat
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri dan seterusnya memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan 2 kemakmuran keluarga, masyarakat dan
Negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).
Terdapat beberapa strategi pembelajaran yang
boleh digunakan oleh guru untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya menggunakan paparan multimedia, internet
dan perisian interaktif yang kaya dengan teknologi terkini. Untuk memastikan
teknologi digunakan di dalam kelas, maka guru perlu mempunyai persepsi dan
kesediaan terhadap teknologi yang digunakan. Ini kerana persepsi guru terhadap
teknologi maklumat memainkan peranan yang penting sebagai faktor yang
menentukan keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik (Yushau, 2006). Dalam Pelan Rancangan Malaysia Kesembilan juga
memberi perhatian terhadap kepentingan teknologi dalam pengajaran pendidikan,
iaitu:
Kurikulum bagi latihan perguruan juga akan
dikaji semula, antaranya untuk menambah baik kandungan mata pelajaran, meningkatkan kemahiran
pedagogi dan membolehkan penggunaan ICT yang lebih meluas dalam bidang
pendidikan. (RMK 9, 2006, p. 31)
Sehubungan itu, menyedari kepentingan
penggunaan ICT pada masa kini, maka guru digalakkan mengukuhkan penggunaan
teknologi dalam proses pengajaran. Antara usaha untuk membentuk satu proses
pengajaran supaya pelajar memahami sesuatu konsep adalah dengan
mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam bentuk yang boleh difahami oleh
pelajar. Usaha untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih bermakna dengan
mengintegrasikan teknologi di dalam pengajaran ini juga, guru perlu mempunyai
kesediaan dan pengetahuan mengenai teknologi yang akan digunakan. Terutamanya
memberi perhatian terhadap bagaimana dan bila teknologi dapat digunakan dengan
berkesan di dalam kelas matematik (Powers & Blubaugh, 2005). Penggunaan
teknologi sebagai bahan bantu mengajar juga dapat menggalakkan pembelajaran
secara penemuan dan bereksperimen.
No comments:
Post a Comment